Who called me blacky ass hole just now ? -.-

| Muhammad Haziq Ahmad Fauzi | 19 y/o | Malaysian | Male | Slim Straight | ♥ Chelsea & Spain | Stupid | Pervert | Disgusting | 166-175cm | 56kg | Jazarians | Football ♥ | Futsal ♥ | turqoise | guinea pig | ♥ piano and violin | ♥ UNITED SOUL |

I'm a muslim. fullstop. kthanks


Sunday, November 18, 2012

tutup aurat

BARU-baru ini, berlangsung satu festival fesyen antarabangsa yang saya kira sungguh bermakna buat pencinta fesyen, lebih-lebih lagi wanita yang sinonim dengan kecantikan.
Namun, walau apa cara berfesyen, paling penting ialah menutup aurat dan tidak melampaui batas syariat kerana sesungguhnya aurat wanita Islam bukan hanya tudung semata-mata sebagaimana difahami sebahagian umat Islam.

Sebaliknya, paling penting ialah setiap Muslimah harus memahami batasan aurat dalam kehidupan.
Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan takwa iaitu mengharapkan keredaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Suka mengingatkan pembaca dan diri saya mengenai nilai pakaian kita, betapa Allah memberi satu nikmat dan penghargaan melalui pakaian.

Pakaian adalah satu limpah kurnia-Nya yang sangat besar. Dalam berpakaian, Islam membenarkan umatnya memakai apa juga pakaian, kecuali yang diharamkan syariat.
Islam lebih mengutamakan adab dalam berpakaian. Sebagai bukti, banyak ayat al-Quran dan hadis menceritakan adab berpakaian seperti menutup aurat, mendahulukan kanan, melonggarkan pakaian dan lain-lain sehingga warna pakaian juga dibincangkan.

Paling penting, nilai pakaian itu bukan harganya pada pandangan manusia, tetapi nilainya di sisi Allah. Pastinya pakaian itu harus longgar, labuh dan tidak mengikut bentuk badan sebenar, manakala warna pakaian juga tidak keterlaluan atau menonjol.
Rekaan pada pakaian harus sederhana serta tidak menarik perhatian ramai, ada yang menutup aurat tetapi pakaian terlalu ketat seolah-olah membalut tubuh. Malah ada juga yang hampir sempurna tetapi telus.

Oleh itu, sebaik-baiknya kain harus tebal, tidak jarang dan tidak nipis. Antara aspek lain yang patut kita tekankan ialah harga pakaian mampu dimiliki dan harganya tidak keterlaluan.

Jangan disebabkan alasan menjaga penampilan diri membuatkan kita terjerumus ke lembah pembaziran. Ada kala kita tersalah faham dalam bersederhana sehingga mengabaikan aspek kebersihan, sedangkan Rasulullah SAW sangat menjaga penampilannya.

Ini yang selalu diingatkan Rasulullah SAW kepada sahabatnya. Auf bin Malik menceritakan: “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan berpakaian yang sudah lama dan lusuh.” Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai harta?” Aku menjawab: “Ya.” Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi: “Dari mana sumber harta yang kau miliki itu?” Aku menjawab: “Allah memberikan padaku melalui unta, kambing, kaldai dan tepung.” Lantas Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau diberi harta oleh Allah, perlihatkanlah kesan nikmat Allah dan kemuliaan yang Allah berikan itu kepadamu.” Dalam konteks sama, pernah Rasulullah SAW melihat seorang pemuda yang kusut dan rambutnya tidak terurus, lalu baginda bersabda: “Tiadakah orang ini sesuatu yang membolehkannya merapikan rambut?” Rasulullah SAW juga pernah melihat seorang sahabatnya mengenakan pakaian kotor lantas menegur: “Adakah orang ini tidak memiliki air untuk mencuci pakaiannya?” Ternyata Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga penampilannya. Bersih, kemas dan cantik adalah citra diri yang sentiasa sinonim dengan Rasulullah SAW.

Baginda adalah ‘al-Quran hidup’ yang sungguh indah bila dilihat, apalagi bagi yang bergaul bersamanya.

Daripada Jabir bin Samrah RA, diriwayatkan: “Aku melihat SAW pada satu malam yang terang bulannya, aku melihat antara Rasulullah SAW dan bulan.” Jabir menyambung: “Ternyata Rasulullah SAW bagiku, lebih indah daripada rembulan.”

 credit to harian metro :)

No comments:

Post a Comment