well, bagi saya. kisah cinta pada usia remaja memang normal dan anggap lah apa yang terjadi itu sebagai satu pengalaman yang baik.
jangan lah salahkan takdir sekiranya jodoh kita bukan bersama pasangan impian kita itu.
redha dengan ketentuan Allah S.W.T.
insyaallah Allah itu Maha Mendengar.
berdoa lah agar kita dipertemukan dengan seorang suami/isteri yang sempurna untuk kita.
yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah.
semua yang berlaku itu ada hikmah di sebalik nya.
walaaupun pada dasarnya pahit, tapi terpalit sedikit manis yang kadangkala kita tak pernah menyedarinya :)
post kali ini adalah untuk kita berfikir sejenak tentang masa depan kita.
pada saya, usia ketika ini tak perlu lah lagi kita nak berfikir tentang siapa isteri kita.
apa ciri ciri suami/isteri idaman kita.
yang penting, capai lah apa yang lebih penting.
dari umur kita 4 tahun ibu bapa masing masing dah hantar kita pergi ke tadika.
untuk apa sebenarnya ? untuk kita menjadi insan yang berguna dan berjaya di masa hadapan :)
jadi itu merupakan AIM kita yang pertama sejak dari kecik lagi.
jadi capai lah dulu yang itu :)
tak salah kalau bercinta tetapi biarlah berpada.
dan saya mengaku yang saya pun pernah hanyut suatu masa dulu.
buang yang keruh ambil yang jernih.
ingat lah ibu bapa kita yang mengharapkan anak anaknya berjaya suatu masa nanti :)
insyaallah kita mampu jadi insan cemerlang dari segi akhlak,akademik dan akhirat kelak .
amin :)





No comments:
Post a Comment