pada 20 oktober 2012,
Kelantan berjaya menewaskan pasukan ATM dengan jaringan 3-2
Indra Putra menjaringkan gol ketiga kelantan pada minit 96 selepas permainan dilanjutkan ke masa tambahan.
walaupun pada hakikatnya, ramai penyokong pasukan lain mahukan ATM menjuarai piala malaysia 2012,
namun ianya tidak kesampaian.
gol pertama dan kedua dari matyo sudah cukup menjelaskan bahawa jentera serangan pasukan kelantan tetap tajam walaupun tanpa penyerang utama dan sensasi, M. Ghaddar.
M. Ghaddar telah diketepikan dari bermain untuk final piala malaysia 2012 atas kekerasannya pada perlawanan kelantan menentang selangor yang berlangsung pada 12 oktober yang lepas.
mungkin ramai yang berpendapat bahawa jentera serangan kelantan akan menjadi tumpul tanpa M. Ghaddar namun corak perlawanan semalam jelas menunjukkan bahawa pasukan kelantan memang hebat dan layak untuk memenangi piala malaysia 2012 .
jika dilihat kembali gol pertama,kedua dan ketiga kelantan.
semua nya di "setting" dengan cara yang sangat kemas.
hantaran juga turut dihantar dengan kemas. buktinya, gol kedua dan ketiga dihantar dengan cukup kemas dan sempurna.
permainan juga dikuasai banyak oleh pasukan kelantan.
cuma pada babak kedua kelantan nampak lebih lemah ketika permainan akan berlanjutan ke masa tambahan.
gol ATM telah dijaringkan oleh Rezal dan Marlon Alex James pada babak kedua.
dan Shahrul Idlan Talaha telah dinobatkan sebagai pemain terbaik permainan.
tahniah diucapkan kepada kelantan atas kemenangan semalam.
dan tahniah juga kepada bojan hodak atas bimbingan dan ajaran yang begitu baik terhadap pemain kelantan
No comments:
Post a Comment