dewasa ini, makin ramai tidak menghormati tahap kesensitiviti sesuatu perkara .
well, kadang kadang aku kesian juga kat salah seorang classmate aku tu.
dia ni bangsa lain. so masing masing suka memperlekeh dia ni .
kadang kadang, lawak jenaka yang disentuh oleh anak melayu ini terlalu keterlaluan.
sehinggakan muka anak india ini terus berubah.
mungkin geram di dalam hatinya.
tapi aku tahu, jauh di sudut hatinya dia terpaksa bersabar dan terus bersabar.
kerana hanya dia yang berbangsa india di dalam class tu.
cuba kita bayangkan,
kalau kita ambil jurusan medic di india.
dan kita sering menjadi topik jenaka bagi kaum di sana terutamanya rakan sekelas kita yang berbangsa india.
adakah kita akan turut merasakan apa yang dirasa oleh anak india seperti perenggan di atas ? :)
kadang kadang kita terlalu bermegah di negara sendiri sampai lupa akan perkataan "respect".
mana nilai adab, budi bahasa dan nilai bekerjasama sesama kaum antara kita ?
tujuan asal kerajaan menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan sesama kaum.
bukan saja saja kerajaan buat sebegitu.
tapi pernah kita sebagai rakyat memikirkan akan hal itu ?
kita terlalu mementingkan diri.
"Hubungan antara kaum dan keharmonian beragama di negara ini tidak
harus dipandang mudah walaupun secara keseluruhannya berada dalam
keadaan memuaskan.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata rakyat pelbagai kaum di
negara ini mesti peka dengan keperluan untuk mewujudkan sikap hormat
menghormati antara satu sama lain dan berwaspada terhadap sensitiviti
agama serta budaya.
Beliau yang juga ahli pemegang amanah Yayasan 1Malaysia berkata,
proses memperkukuh perpaduan di Malaysia adalah satu usaha berterusan
dan segala yang telah dikecapi selama ini mesti dikekalkan.
Tambah beliau, perpaduan seharusnya bermula daripada pemikiran, emosi
dan kelakuan seseorang individu dan ini diterjemahkan melalui layanan
serta khidmat kepada orang lain.
Sambutan perayaan seperti Hari Malaysia sepatutnya menyuntik semangat
patriotik ke arah memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di negara ini."
jadi mari lah kita pupuk nilai perpaduan dalam diri kita ;)
No comments:
Post a Comment