Who called me blacky ass hole just now ? -.-

| Muhammad Haziq Ahmad Fauzi | 19 y/o | Malaysian | Male | Slim Straight | ♥ Chelsea & Spain | Stupid | Pervert | Disgusting | 166-175cm | 56kg | Jazarians | Football ♥ | Futsal ♥ | turqoise | guinea pig | ♥ piano and violin | ♥ UNITED SOUL |

I'm a muslim. fullstop. kthanks


Sunday, February 3, 2013

i wish by one direction


(Na na na na na) [2x]

He takes your hand
I die a little
I watch your eyes
And I'm in riddles
Why can't you look at me like that?

(Na na na na na)

When you walk by
I try to say it
But then I freeze
And never do it
My tongue gets tied
The words get trapped

I hear the beat of my heart getting louder
Whenever I'm near you

But I see you with him slow dancing
Tearing me apart
'Cause you don't see
Whenever you kiss him
I'm breaking,
Oh how I wish that was me

(Na na na na na) [2x]

He looks at you
The way that I would
Does all the things, I know that I could
If only time, could just turn back

'Cause I got three little words
That I've always been dying to tell you

But I see you with him slow dancing
Tearing me apart
'Cause you don't see
Whenever you kiss him
I'm breaking,
Oh how I wish that was me

With my hands on your waist
While we dance in the moonlight
I wish it was me
That you’ll call later on
'Cause you wanna say good night

'Cause I see you with him slow dancing
Tearing me apart
'Cause you don't see

But I see you with him slow dancing
Tearing me apart
'Cause you don't see
Whenever you kiss him
I'm breaking,

Oh how I wish
Oh how I wish
Oh how I wish, that was me

Oh how I wish, that was me 

Saturday, February 2, 2013

HAPPY BIRTHDAY US !

HELL TO THE OOOOOO !

it's 2nd of february 2013 
anddddd happy birthday united soul ! :')

united soul adalah nama kepada batch saya ya.
kalau anda lihat saya tulis US US tu, US stands for united soul actually. 
not united states of america ehh. hahahaha

ketika saya menaip ni, 
mungkin air mata saya ada setitik, dua titik dan mungkin dah basah dah pipi saya ni dengan air mata yang mengalir. 
nampak macam kelakar tetapi ini lah hakikat. 
terus terang aku cakap. sepanjang hidup aku. 
aku tak pernah expect akan jumpa kawan kawan seperti mereka ini.
dan yang paling tak sangka mereka lah kawan dan sahabat yang paling aku rapat 
dan yang paling aku sayang. 

rindu nak main sama sama. 
belajar sama sama.
makan sama sama. 
mandi sama sama.
gosip sama sama.
bahan sama sama.
buli sama sama.
dan sebagainya yang ada istilah 'bersama' :')

dan pada tarikh ini. 
pada tahun 2010. kami telah dipertemukan di dalam dewan yang agak panas .
dan pada ketika itu, kepala masih lagi ligat berpusing memikirkan sesuatu perkataan yang sering nampak di mata.
namun tidak mengerti apa maksud di sebalik nya. 
 perkataan tersebut adalah SABDA. 
ketika orientasi punya lah aku dan budak budak lain fikir apa tu SABDA. 
kini kami tahu apa maksud nya. 
SAINS BAGAN DATOH.

kami bangga ada UNITED SOUL.
kami bangga menjadi warga UNITED SOUL.
dan kami SAYANG  UNITED SOUL ;')


















guys,
tak rindu ke tengok gambar ni ? 
sumpah aku rindu wehhh.
setiap gambar ni ada kenangan tersendiri :')
harap korang semua berjaya di masa hadapan. 
amin :)

Monday, November 26, 2012

19 golongan orang yang akan mati dalam Husnul Khatimah

Syaikh Albani rahimahullah telah mengumpulkan dalam kitabnya ( Ahkamul Janaiz) tanda-tanda ini dari Al Qur’an dan Sunah shahihah, beliau mendapatinya ada 19 tanda, berikut ini ringkasannya:
Sesungghnya Dzat Yang Mensyariatkan telah menjadikan beberapa tanda yang jelas untuk menunjukkan husnul khatimah – Allah Ta’alaa telah menetapkannya dengan kurnia dan kenikmatanNya – maka siapa sahaja yang meninggal dengan memiliki salah satu tandanya maka itu merupakan berita gembira:
Pertama:Mereka yang dapat mengucapkan syahadat menjelang kematian sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadits yang shahih diantaranya:

قوله: صلى الله عليه وسلم : ( من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ) .( حسن )
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang ucapan terakhirnya Laa ilaaha illallah maka dia masuk surga ) ( hadits hasan).
Kedua: Kematian yang disertai dengan basahnya kening dengan keringat atau peluh  berdasarkan hadits Buraidah bin Hushaib radhiallahu anhu:

عن بريدة بن الخصيب رضي الله عنه :  ( صحيح ) ( أنه كان بخراسان فعاد أخا له وهو مريض فوجده بالموت وإذا هو يعرق جبينه فقال : الله أكبر سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( موت المؤمن بعرق الجبين ) .
Dari Buraidah bin Khusaib radhiallahu anhu: ( bahwa ketika dia berada di Khurasan sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: Allahu Akbar, aku mendngar Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( kematian seorang mukmin disertai keringat dikeningnya ) ( hadits shahih ).
Ketiga: Mereka yang meninggal pada malam jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ( hadits dengan seluruh jalurnya hasan atau shahih )

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( ما من مسلم يموت الجمعة أو ليلة الجمعة إلا وقاه الله فتنة القبر ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( tidaklah seorang muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan Allah Melindunginya dari siksa kubur ).
Keempat: meninggal dalam keadaan syahid dimedan perang sebagaimana firman Allah Ta’alaa :

قال الله تعالى : “وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ (169) فَرِحِينَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَيَسْتَبْشِرُونَ بِالَّذِينَ لَمْ يَلْحَقُوا بِهِمْ مِنْ خَلْفِهِمْ أَلَّا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ (170) يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ وَأَنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُؤْمِنِينَ [آل عمران : 169 - 171].
Artinya: ( dan janganlah sekali-kali kamu mengira bahwa orang-orang yang terbunuh dijalan Allah mati, tetapi mereka hidup diberi rizki disisi Tuhan mereka (169) Mereka bergembira dengan karunia yang diberikan Allah kepada mereka, dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang belum mengikuti mereka dibelakang janganlah mereka takut dan sedih (170) Mereka memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan karuniaNya dan bahwa Allah tidak menyia-nyiakan balasan bagi orang-orang beriman) (QS Ali Imran :169-171).

( صحيح ) وقال صلى الله عليه وسلم : ( للشهيد عند الله ست خصال :” يغفر له في أول دفعة من دمه، ويرى مقعده من الجنة، ويجار من عذاب القبر، ويأمن الفزع الأكبر، ويحلى حلية الإيمان، ويزوج من الحور العين، ويشفع في سبعين إنسانا من أقاربه )
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( orang yang syahid mendapatkan enam perkara: diampuni dosanya sejak tetesan darahnya yang pertama, diperlihatkan tempatnya dalam surga, dijauhkan dari siksa kubur, diberi keamanan dari goncangan yang dahsyat dihari kiamat, dipakaikan mahkota keimanan, dinikahkan dengan bidadari surga, diizinkan memberi syafaat bagi tujuh puluh anggota keluarganya) (hadits shahih).
Kelima: Mereka yang meninggal ketika berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu alaihi wasallam:

لقوله صلى الله عليه وسلم : ( ما تعدون الشهيد فيكم ؟ ) قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل ) . قالو : فمن هم يا رسول الله قال : ( من قتل في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ومن مات في الطاعون فهو شهيد ومن مات في البطن ( 1 ) فهو شهيد والغريق شهيد ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( apa yang kalian nilai sebagai syahid diantara kalian ?) mereka berkata: Ya Rasulullah siapa yang terbunuh dijalan Allah maka dia syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku sedikit ). Mereka berkata: lalu siapa mereka Ya Rasulullah ? Beliau berkata: ( barang siapa yang terbunuh dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati dijalan Allah syahid, barangsiapa yang mati karena wabah taun syahid, barangsiapa yang  mati karena penyakit perut  syahid, dan orang yang tenggelam syahid).
Keenam: mati kerana satu wabak penyakit tha’un, berdasarkan beberapa hadits diantaranya:

( صحيح )ا قوله صلى الله عليه وسلم : ( الطاعون شهادة لكل مسلم ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( wabah tha’un merupakan kesyahidan bagi setiap muslim).( hadits shahih)
Ketujuh: Mereka yang mati kerana penyakit dalam perut berdasarkan hadits diatas.

Kelapan dan kesembilan:Mereka yang  mati kerana tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi shallallahu alaihi wasallam:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( الشهداء خمسة : المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم والشهيد في سبيل الله ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( syuhada ada lima: yang mati kerana wabak ta’un, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang terkena runtuhan dan yang syahid dijalan Allah) ( hadits shahih).
Kesepuluh: Mereka yang matinya seorang wanita dalam nifasnya disebabkan melahirkan anaknya:

( صحيح ) لحديث عبادة بن الصامت : أن رسول الله صلى الله عليه وسلم عاد عبد الله بن رواحة قال : فما تحوز له عن فراشه فقال : أتدري من شهداء أمتي ؟ قالوا : قتل المسلم شهادة قال : ( إن شهداء أمتي إذا لقليل قتل المسلم شهادة والطاعون شهادة والمرأة يقتلها ولدها جمعاء شهادة [ يجرها ولدها بسرره  إلى الجنة ] ) .
Dari Ubadah bin Shamit radhiallahu anhu bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam menjenguk Abdullah bin Rawahah dan berkata: beliau tidak berpindah dari tempat tidurnya lalu berkata: tahukah kamu siapa syuhada dari umatku ? mereka berkata: terbunuhnya seorang muslim adalah syahid. Beliau berkata: ( jadi sesungguhnya para syuhada umatku, terbunuhnya seorang muslim syahid, mati kerana wabak tha’un syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid [ditarik oleh anaknya dengan tali arinya kesurga]) ( hadits shahih ).
Kesebelas dan kedua belas: Mereka yang mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di tulang rusuk, ada beberapa hadits yang terkait yang paling masyhur:

عن جابر بن عتيك مرفوعا :  ( صحيح ) ( الشهداء سبعة سوى القتل في سبيل الله : المطعون شهيد والغرق شهيد وصاحب ذات الجنب شهيد والمبطون شهيد والحرق شهيد والذي يموت تحت الهدم شهيد والمرأة تموت بجمع شهيدة )
Dari Jabir bin ‘Atik dengan sanad marfu’ : ( syuhada ada tujuh selain terbunuh dijalan Allah: yang matu kerana wabak tha’un syahid, yang tenggelam syahid, yang mati kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid, yang sakit perut syahid, yang mati terbakar syahid, yang mati terkena runtuhan syahid, dan wanita yang mati setelah melahirkan syahid) (hadits shahih).
Ketiga belas: Mereka yang mati kerana sakit  TB berdasarkan hadits:

( حسن ) لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( القتل في سبيل الله شهادة والنفساء شهادة ،والحرق شهادة والغرق شهادة، والسل شهادة ،والبطن شهادة )
.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( terbunuh dijalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB syahid, yang mati kerana sakit perut syahid) (hadits hasan).
Keempat belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadits diantaranya:

( صحيح ) ( من قتل دون ماله ( وفي رواية : من أريد ماله بغير حق فقاتل فقتل ) فهو شهيد ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya ( dalam riwayat: barangsiapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh) maka dia syahid) (hadits shahih).
Kelima belas dan keenam belas: Mereka yang mati kerana mempertahankan agama dan dirinya:

( صحيح ) لقوله صلى الله عليه وسلم : ( من قتل دون ماله فهو شهيد ومن قتل دون أهله فهو شهيد ومن قتل دون دينه فهو شهيد ومن قتل دون دمه فهو شهيد ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana keluarganya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya syahid) ( hadits shahih).
Ketujuh belas: Mereka yang mati dalam keadaan ribath (berjaga di sempadan) dijalan Allah. Ada dua hadits dalam hal itu salah satunya:

( صحيح ) ( رباط يوم وليلة خير من صيام شهر وقيامه ،وإن مات جرى عليه عمله الذي كان يعمله وأجري عليه رزقه وأمن الفتان ) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan qiyamul lail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah) ( hadits shahih).
Kelapan belas: mati ketika melakukan amal soleh berdasarkan hadits:

لقوله صلى الله عليه وسلم :  ( صحيح ) ( من قال : لا إله إلا الله ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن صام يوما ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة ومن تصدق بصدقة ابتغاء وجه الله ختم له بها دخل الجنة
) .
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( barangsiapa yang mengucapkan: Laa ilaaha illallah mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah mengucapkannya maka dia masuk syurga, barangsiapa berpuasa satu hari mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga, barangsiapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga) ( hadits shahih).
Kesembilan belas: Mereka yang dibunuh oleh penguasa yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya:

لقوله صلى الله عليه وسلم :( صحيح ) ( سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ) أخرجه الحاكم وصححه والخطيب.
Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: ( penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Muththalib dan seseorang yang mendatangi penguasa yang zalim lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang mungkar lalu dia dibunuhnya) Hadits dikeluarkan oleh Al Hakim dan dishahihkannya dan Al Khatib


*http://tulahan.blogspot.com/2012/01/19-golongan-yang-akan-mati-dalam-husnul.html

Wednesday, November 21, 2012

thanks Robbie :')


 Chelsea FC. The Blues :)
itulah football club pilihan hatiku.
aku start support Chelsea since aku darjah 5 sampai lah sekarang.
sikit pun tak pernah berubah hati. 
dan sikit pun tak pernah rasa menyesal support Chelsea.
malah bangga menjadi salah seorang penyokong Chelsea. 
kalau nak ikutkan, penyokong Chelsea di Malaysia tidak lah seramai penyokong Man united, Liverpool dan Arsenal. 
tapi entahh lahh. seperti ada sesuatu magnet menarik aku untuk support Chelsea. 

so sepanjang aku menyokong Chelsea, 
macam macam piala mereka dapat. 
cuma satu piala je yang belum dieorang dapat dari aku start support mereka sampai lahh aku 18.
well, Chelsea tak pernah langsung pun menang piala tu.
piala itu adalah piala UEFA Champions League(UCL)
so dah ramai pengurus Chelsea try untuk dapatkan nya namun semua nya hambar. 
sampai lah satu tahap tu, di mana Villas Boas(bekas pengurus Chelsea) dipecat.
dan digantikan oleh Roberto Di Matteo(RDM).

pada masa itu RDM hanya lahh seorang pembantu pengurus. 
tetapi telah menjadi kambing hitam kerana pada masa itu belum ada lagi yang cocok untuk dijadikan pengurus.
di bawah bimbingan RDM, Chelsea telah berjaya memenangi UCL 
selepas menewaskan Barcelona. wehhh, bukan senang tau nak kalahkan Barcelona tu.
Man United pun macam nak mati nak kalahkan Barcelona.
but agak terkejut jugak lah macam mana Chelsea boleh menang dengan Barcelona kan time tu.

setelah 7 tahun aku menunggu. finally Chelsea won that title. 
 rasa nak nangis pun ada masa tu. tapi entah lahh. speechless.unexpected.
dan tak expect pun yang Chelsea boleh menang di bawah kendalian RDM.
thanks RDM :')

dan pada tarikh 21.11.2012
RDM telah dipecat oleh Roman Abramovich. 
hanya Allah je tahu betapa hancurnya hati aku masa tu.
wehhhh, serious aku sayang gila Matteo kat Chelsea.
Chelsea banyak berubah di bawah kendalian dia.
Chelsea mula bermain taktikal selepas kehadiran Oscar dan Hazard.
dan Chelsea tak main macam dulu lagi. lebih banyak bermain taktikal.
well, entah lahh. aku suka cara permainan Chelsea sekarang.
lebih taktikal dan lebih energetic.

bukan nak cakap apa lahh.
Abramovich pecat Matteo sebab kalah dalam beberapa perlawanan sebelum ni.
well, kalah dua perlawanan je punn wehhh.
normal lahh kalah tu kan adat permainan. nak menang selalu pun tak boleh jugak.
awal pagi tadi, chelsea kalah 3-0 dengan juventus. 
sedih tu memang sedih lah kan tapi lagi sedih bila dengar RDM kena pecat.
hello Abramovich. selama ni kau nak UCL punya trophy kann ?
now kau dah dapat dan RDM yang bagi.
itu ke cara kau balas jasa dia dengan tidak memberikan dia peluang.
wehhhh, come on lahhh.
Arsenal tu lagi lahh bagak lamanya dipegang oleh Arsene Wenger.
Man United tu lagi lahh lamakan. entah bila Alex Ferguson tu nak quit. 
tapi bila Man United kalah ada dia terus pecat Ferguson ? 
tak ada kann ? relax lahh bro. jangan lah terburu buru.
beri RDM masa dan peluang. 
kalah menang adat permainan.

so kalah menang adat permainan lah kan.
mana ada orang tak pernah kalah. haihhh.
sorry for those yang rasa aku macam kabut sikit pasal benda ni.
bukan apa. aku penyokong Chelsea. 
so aku bagi lah opinion aku.
korang mesti akan pelik kenapa aku macam ambil serious pasal benda ni kann?
well, korang pun mesti ada benda yang serious betul tak ?
apa kau rasa kalau aku bahan kau pasal benda kau tu ?
marah ? stress ? bengang ?
so mind your own business.
that's all :) 
kalau kau minat bola, kau boleh lah rasa apa yang aku tengah rasa sekarang.
thanks for reading :)

AND THANKS FOR EVERYTHING ROBBIE :')


betapa bertanggungjawabnya RDM selepas kekalahan kepada Juventus 3-0
dia mengaku kesalahannya :'(

ni waktu Chelsea menang UCL 11/12


happy family :')

ni masa dia menang piala FA


finally, terry dapat jugak angkat piala tu selepas kekalahan kepada man united 2009 :')

waktu ni aku speechless dan rasa nak nangis pun ada :'D

Drogba. our hero. thanks for everything too and im really missing you :')















dan lihatlah RDM masa menang UCL :')

lihat lah betapa gembiranya RDM :')
THANKS RDM :')



well. he's the best ever for Chelsea :')


























dan lihat lah bagaimana reaksi nya selepas dikhabarkan dipecat oleh Abramovich

betapa murungnya dia


matteo menangis ? :'(

dan seperti dia sudah dapat mengagak apa yang bakal dihadapinya :'(



dan ini semua berpunca dari .......

Roman Abramovich
harap RDM akan terus ceria selepas ini :')

comel kan RDM ni :')

minum kopi dulu ya bohh ! :'D

saya baru shave semalam :')

nahh kau Abramovich. pecat aku lagi kannn >(

thanks RDM.
thanks for everything.
iloveyousomuch :')

Sunday, November 18, 2012

tutup aurat

BARU-baru ini, berlangsung satu festival fesyen antarabangsa yang saya kira sungguh bermakna buat pencinta fesyen, lebih-lebih lagi wanita yang sinonim dengan kecantikan.
Namun, walau apa cara berfesyen, paling penting ialah menutup aurat dan tidak melampaui batas syariat kerana sesungguhnya aurat wanita Islam bukan hanya tudung semata-mata sebagaimana difahami sebahagian umat Islam.

Sebaliknya, paling penting ialah setiap Muslimah harus memahami batasan aurat dalam kehidupan.
Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan takwa iaitu mengharapkan keredaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Suka mengingatkan pembaca dan diri saya mengenai nilai pakaian kita, betapa Allah memberi satu nikmat dan penghargaan melalui pakaian.

Pakaian adalah satu limpah kurnia-Nya yang sangat besar. Dalam berpakaian, Islam membenarkan umatnya memakai apa juga pakaian, kecuali yang diharamkan syariat.
Islam lebih mengutamakan adab dalam berpakaian. Sebagai bukti, banyak ayat al-Quran dan hadis menceritakan adab berpakaian seperti menutup aurat, mendahulukan kanan, melonggarkan pakaian dan lain-lain sehingga warna pakaian juga dibincangkan.

Paling penting, nilai pakaian itu bukan harganya pada pandangan manusia, tetapi nilainya di sisi Allah. Pastinya pakaian itu harus longgar, labuh dan tidak mengikut bentuk badan sebenar, manakala warna pakaian juga tidak keterlaluan atau menonjol.
Rekaan pada pakaian harus sederhana serta tidak menarik perhatian ramai, ada yang menutup aurat tetapi pakaian terlalu ketat seolah-olah membalut tubuh. Malah ada juga yang hampir sempurna tetapi telus.

Oleh itu, sebaik-baiknya kain harus tebal, tidak jarang dan tidak nipis. Antara aspek lain yang patut kita tekankan ialah harga pakaian mampu dimiliki dan harganya tidak keterlaluan.

Jangan disebabkan alasan menjaga penampilan diri membuatkan kita terjerumus ke lembah pembaziran. Ada kala kita tersalah faham dalam bersederhana sehingga mengabaikan aspek kebersihan, sedangkan Rasulullah SAW sangat menjaga penampilannya.

Ini yang selalu diingatkan Rasulullah SAW kepada sahabatnya. Auf bin Malik menceritakan: “Aku pernah datang kepada Rasulullah SAW dengan berpakaian yang sudah lama dan lusuh.” Rasulullah SAW bertanya: “Adakah kamu mempunyai harta?” Aku menjawab: “Ya.” Rasulullah SAW kemudian bertanya lagi: “Dari mana sumber harta yang kau miliki itu?” Aku menjawab: “Allah memberikan padaku melalui unta, kambing, kaldai dan tepung.” Lantas Rasulullah SAW berkata: “Jika engkau diberi harta oleh Allah, perlihatkanlah kesan nikmat Allah dan kemuliaan yang Allah berikan itu kepadamu.” Dalam konteks sama, pernah Rasulullah SAW melihat seorang pemuda yang kusut dan rambutnya tidak terurus, lalu baginda bersabda: “Tiadakah orang ini sesuatu yang membolehkannya merapikan rambut?” Rasulullah SAW juga pernah melihat seorang sahabatnya mengenakan pakaian kotor lantas menegur: “Adakah orang ini tidak memiliki air untuk mencuci pakaiannya?” Ternyata Rasulullah SAW adalah orang yang paling menjaga penampilannya. Bersih, kemas dan cantik adalah citra diri yang sentiasa sinonim dengan Rasulullah SAW.

Baginda adalah ‘al-Quran hidup’ yang sungguh indah bila dilihat, apalagi bagi yang bergaul bersamanya.

Daripada Jabir bin Samrah RA, diriwayatkan: “Aku melihat SAW pada satu malam yang terang bulannya, aku melihat antara Rasulullah SAW dan bulan.” Jabir menyambung: “Ternyata Rasulullah SAW bagiku, lebih indah daripada rembulan.”

 credit to harian metro :)

Sunday, November 11, 2012

Makkah, Madinah paling terang dari angkasa lepas










RIYADH: Seorang angkasawan Russia semalam berkata, bandar suci Makkah dan Madinah adalah yang paling terang dan cantik apabila dilihat dari angkasa lepas.
Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas semalam.

“Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.
“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin.

Menurutnya, bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. - AN

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makkah_Madinahpalingterangdariangkasalepas/Article/index_html
________________________________________________________________________

Alhamdulillah. 
Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Agung.
bukan orang biasa yang mengesahkan, tetapi seorang angkasawan dari Russia. 
Im proud of being a Muslim :)

sensitiviti

dewasa ini, makin ramai tidak menghormati tahap kesensitiviti sesuatu perkara .
well, kadang kadang aku kesian juga kat salah seorang classmate aku tu.
dia ni bangsa lain. so masing masing suka memperlekeh dia ni .
kadang kadang, lawak jenaka yang disentuh oleh anak melayu ini terlalu keterlaluan.
sehinggakan muka anak india ini terus berubah. 
mungkin geram di dalam hatinya.
tapi aku tahu, jauh di sudut hatinya dia terpaksa bersabar dan terus bersabar.
kerana hanya dia yang berbangsa india di dalam class tu. 

cuba kita bayangkan,
kalau kita ambil jurusan medic di india.
dan kita sering menjadi topik jenaka bagi kaum di sana terutamanya rakan sekelas kita yang berbangsa india.
adakah kita akan turut merasakan apa yang dirasa oleh anak india seperti perenggan di atas ? :)
kadang kadang kita terlalu bermegah di negara sendiri sampai lupa akan perkataan "respect".
mana nilai adab, budi bahasa dan nilai bekerjasama sesama kaum antara kita ?
tujuan asal kerajaan menubuhkan sekolah kebangsaan dan sekolah menengah adalah untuk memupuk semangat kerjasama dan perpaduan sesama kaum.
bukan saja saja kerajaan buat sebegitu. 
tapi pernah kita sebagai rakyat memikirkan akan hal itu ?
kita terlalu mementingkan diri.

"Hubungan antara kaum dan keharmonian beragama di negara ini tidak harus dipandang mudah walaupun secara keseluruhannya berada dalam keadaan memuaskan.
Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye berkata rakyat pelbagai kaum di negara ini mesti peka dengan keperluan untuk mewujudkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain dan berwaspada terhadap sensitiviti agama serta budaya.
Beliau yang juga ahli pemegang amanah Yayasan 1Malaysia berkata, proses memperkukuh perpaduan di Malaysia adalah satu usaha berterusan dan segala yang telah dikecapi selama ini mesti dikekalkan.
Tambah beliau, perpaduan seharusnya bermula daripada pemikiran, emosi dan kelakuan seseorang individu dan ini diterjemahkan melalui layanan serta khidmat kepada orang lain.
Sambutan perayaan seperti Hari Malaysia sepatutnya menyuntik semangat patriotik ke arah memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini."


jadi mari lah kita pupuk nilai perpaduan dalam diri kita ;)