Sepatutnya,
anak lelaki juga perlu dididik supaya melindungi, menyayangi dan
menjaga maruah wanita, bukan menghancurkan kehidupan mereka.
Kadangkala,
dapat dilihat nasihat daripada orang lebih tua kepada kanak-kanak juga
tidak bijaksana menyebabkan remaja berfikir mereka boleh melakukan apa
saja apabila dewasa.
Namun,
bukan sekarang masa untuk menuding jari tetapi kita seharusnya melihat
kembali sumbangan diri sendiri dalam membantu mengatasi masalah yang
berlaku.
Inilah masa
untuk buka minda dan bukan menyalahkan serta memberi tugas kepada orang
lain kerana masing-masing perlu menjalankan peranan serta tanggung
jawab bersama.
Budaya
tegur menegur perlu dilaksanakan dan ia bukan dilihat sebagai menjaga
tepi kain orang lagi tetapi penting bagi mengelakkan remaja terus
melakukan aksi keterlaluan mereka dengan lebih berani di depan orang
ramai.
Ini kerana
apabila lelaki dan perempuan berdekatan, akan terbit perasaan seronok
yang tidak dapat dikawal yang boleh menyebabkan perbuatan tidak
bermoral.
Kesimpulannya,
jika tiada maksiat, zina dan hamil anak luar nikah, maka tiada juga
masalah pembuangan bayi di kalangan masyarakat hari ini.
Baginya, ada dua situasi berbeza dalam isu pembuangan bayi.
Pertama, pembuangan bayi yang dilakukan secara seorang diri.
Apabila
timbul perasaan malu, panik dan buntu, perempuan yang ingin melahirkan
anak tidak diingini akan melakukan tindakan membuang bayi kerana
terdesak.
Bayi yang dibuang di tempat pembuangan sampah, tandas dan dicampak dari tempat tinggi menunjukkan si ibu berasa tertekan.
Berbanding
bayi yang dibuang di tempat selamat seperti masjid dan depan rumah
manakala bayi dalam keadaan bersih bersama bungkusan kain rapi biasanya
dilakukan lebih daripada seorang.
Ini kerana
apabila berdua tidak kira ditemani rakan atau kekasih, salah seorang
pasti akan memberikan pandangan lebih baik untuk memastikan bayi dibuang
akan dijumpai atau selamat.
copyright from semuthitam80.blogspot.com
No comments:
Post a Comment